Saya cuma ingin berkongsi pendapat tentang keutamaan hidup kita. Bagi
saya dalam apa pun keputusan hidup kita, kita perlu membuat keutamaan
berdasarkan apa yang kita fahami dalam hidup. Dan pilihan itu adalah
berdasarkan apa yang kita fahami tentang tujuan hidup.
Antara dua
pilihan atau lebih dari dua pilihan, pilihan yang mana lebih
menguntungkan untuk membawa kita ke kehidupan yang lebih baik. Bagi kita
ummat Islam tentunya berkaitan dengan hidup di akhirat kelak. Maka jika
menyentuh tentang kehidupan akhirat tentunya kita mahukan syurga dan
jika kita mahukan syurga, pastinya kita hanya mahukan REDHA ALLAH SWT.
Sebenarnya
pilihan ini dibuat berdasarkan apa yang telah kita lalui. Pengalaman.
Kemudian lihat pula sejauh mana ilmu kita boleh menilai pilihan itu.
Kita perlu faham kenapa seseorang penjenayah memilih untuk membuat
jenayah. Apakah mereka tidak tahu jenayah adalah satu kesalahan dan
dosa? Tapi mereka tetap mahu lakukannya. Ini sangat berkait dengan cara
kehidupan mereka. Siapa mereka berkawan dan apa yang mereke telah lalui?
Dan semua itu adalah di luar pengetahuan saya.
Jadi dalam pilihan kita, apa jenis pilihan pun, kita perlu utamakan
pilihan yang mendapat redha dari Allah. Pilihan yang tidak melanggar apa
yang ditegah-Nya. Pilihan yang menjadikan kita lebih dekat
dengannya.Selain dari itu adalah pilihan yang salah.
Dalam membuat
pilihan sama ada untuk menjaga hati manusia atau menjaga Allah,
tentulah kita perlu menjaga Allah.. walaupun terpaksa menyakitkan hati
manusia. Tentulah agama melarang kita menyakiti sesama insan, tetapi
yang manakah lebih penting? Redha Allah atau kesenangan hati manusia?
Dalam
ketaatan kepada Ibu bapa, agama meletakkan sempadan dalam mentaati ibu
bapa. Ketaatan yang boleh menyebabkan kita melanggar perintah Allah
adalah dilarang. Maka seorang anak boleh ingkar jika ibu bapa mereka
menyuruh melakukan kemungkaran. Seoarang anak wajib menolak permintaan
yang melanggar perintah Allah secara baik dan sedaya upaya
memperbetulkan keadaan itu, malah jika keadaan masih lagi di luar
kawalannya, ambillah keputusan untuk tinggal berjauhan dan mohonlah
pertolongan Allah. Allah pasti membantu hamba-Nya selalu mengutamakan
perintah-Nya.
Jika seorang lelaki mengajak seorang wanita bercinta
seperti yaang berlaku dalam kisah muda-mudi hari ini, wanita itu
akhirnya termakan pujukan si lelaki kerana kasihan dan mahu menjaga
hatinya. Adakah pilihan wanita itu betul? Adakah pilihan wanita itu
selari dengan apa yang Allah mahu?
Akhirnya melahirkan perasaan
yang lebih mendalam hingga boleh menjadikan wanita itu melanggar banyak
lagi perintah. Adat orang bercinta berdua-duaan, samada secara realiti
atau maya. Lumrah nafsu si lelaki akan meminta lebih lagi sebagai
‘bukti’ cinta. Si wanita akan menurut dengan alasan ingin menjaga hati.
Namun jelas melanggar apa yang Allah mahu.
Tindakan wanita itu
mungkin betul jika si lelaki benar-benar mahu mengahwininya pada masa
terdekat. Jika tidak, hubungan cinta yang terlalu lama hanya membawa
kemungkaran demi kemungkaran dan fitnah yang tidak akan disedari oleh si
pelaku. Ini hanya disedari setelah perkara buruk berlaku. Ketika itu
penyesalan adalah sia-sia.
Sememangnya banyak pilihan yang berlaku
dalam hidup ini membuatkan kita buntu dan keliru dengan
kepelbagaiannya. Namun jika kita membuat pilihan yang mengutamakan redha
Allah, maka kita tidak mungkin rugi, lebih-lebih lagi di akhirat kelak.
Banyak pilihan yang menyebabkan kita menyesal di kemudian hari dan
sebenarnya kita telah menyedarinya ketika pilihan itu dibuat. Kerana
kita berharap pilihan akibat pilihan itu adalah berlainan. Sebenarnya
tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana memberikan komen dan cadangan yang bernas.