9/22/2012

TRAVELOG PERJALANAN HAJI MUDA SEMASA PROGRAM KURSUS HAJI DAN UMRAH

Pada pukul 7:15 pagi semua jemaah haji dari sekolah SMKTDS berkumpul di surau bagi mendengar info serta penerangan mengnai pelaksanakan rukun haji kelima.Ada sedikit perubahan mengenai penceramah,sebab masalah teknikal penceramah terkini di jemput dari Sekolah Agama Senai.Beliau diberi nama Ustaz Ahmad Danial Bin Kasim.Kepakaran beliau ialah meringkaskan program haji dari dua hari atau 1 hari biasanya hanya menjadi 3 jam sahaja, termasuk teori dan praktikal.Para jemaah haji yang terdiri dari pelajar lelaki dan perempuan tingkatan 4 dan 5 telah dipilih untuk menyertai program yang julung-julung kalinya bagi membantu pelajar tingkatn 5 mencapai gambaran yang betul mengenai ibadah haji dan umrah.Pelajar yang hadir sekitar 110 orang termasuk lelaki dan perempuan.Sepanjang pengisian berjalan, pelajar diberikan gambaran mengenai ibadah haji dan umrah serta wajib-wajib haji berserta tarikh-tarikh yang sepatutnya sebagai jemaah haji seseorang itu peka dengan masa dan situasi yang dilalui .Jika tidak perbelanjaan serta masa yang digunakan tidak dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi merebut Haji Yang Mabrur. Maknanya haji yang diterima oleh Allah yang menyebabkan kita memperolehi balasan pahala, syurga abadi serta keampunan Allah. Setelah menjalani sesi teori para jemmah haji SMKTDS melalui cabaran yang lebih mencabar iaitu melalui ibadah haji secara praktikal.Para jemaah haji ditekankan dengan sentiasa bersiap sedia dan siaga dari semua aspek samada fizikal, emosi dan mental Ini disebabkan haji merupakan ibadah yang mengabungkan semua unsur dan aspek secara optima.Inilah yang dinamakan Tarbiyah Haji yang Allah datangkan untuk kebaikan umat ini.Terima kasih, Allah.