9/30/2010

Kod Etika Berpakaian Wanita....

Hmm. Ramai juga yang mempertikaikan kenapa Islam menyuruh wanita menutup aurat dengan cara-cara tertentu. Kenapa Islam ada kod etika berpakaian tertentu untuk kaum hawa? Ramai yang berpendapat itu semua jumud. Tidak 'rock' la abg...

Jawapannya: Apabila kita ke hotel tertentu untuk occassion tertentu, adakah kita boleh ke sana dengan berpakaian selipar saja? Sudah tentu kita akan disepak oleh bodyguard yang jaga pintu hotel tersebut. Apabila kita bekerja atau ke kuliah pengajian di mana-mana universiti, mengapa ita tidak mempertikaikan sekirana universiti tersebut menetapkan syarat kod etika berpakaian untuk pelajar? Mengapa kita nak mempertikaikan kod etika berpakaian apabila Islam yang perintahkan?


Hmm. Apa pula beza kita ke mesyuarat dengan ke kedai kopi atau ke kedau runcit? Kenapa ingin ke majlis rasmi perlu kepada etika sedangkan ke kedai runcit, tak perlu.

Jawapan: Majlis rasmi mempunyai organisasi yang terancang dan protokol tertentu. Sedangkan kedau runcit, tidak mempunyai organisasi kuat.

Islam adalah satu agama yang teratur, menyeluruh dan ingin menjaga kemaslahatan secara kolektif. Pemikiran manusia terhad. Selalunya kita hanya memikirkan kepentingan diri kita. Sedangkan kita hidup di dunia ini bukan keseorangan. Allah ingin menjada kebajikan, ketenangan hati semua manusia secar kolektif. Justeru, Allah tetapkan undang-undang dan kod etika untuk menjaga ketenangan hati, bukan sekadar kita sendiri, malah yang berada di persekitaran kita.

Terkadang, kita tidak mampu berfikir sehingga ke tahap ini. Maka Allah sampaikan kepada kita teman untuk membantu. Berlapang dadalah untuk menerima ilmu dan memperbaiki diri.

Wallahu a'lam