10/25/2015

IMAN MUTIARA HIDUP



MAKSUD IMAN

BAHASA: Membenarkan sesuatu.

ISTILAH: Berikrar dengan lidah, beramal dengan anggota badan dan membenarkan dengan hati.

[Ahli Sunnah Waljamaah berpendapat bahawa iman seseorang boleh bertambah dan berkurang.]


CARA-CARA MENAMBAH IMAN.

1. Melakukan ibadat wajib dan sunat.
2. Taat segala perintah Allah S.W.T.
3. Meningkatkan ilmu.
4. Membaca al-Quran, memahami dan menghayati kandungannya.
5. Menjadikan syariat Islam sebagai panduan hidup.
6. Berzikir, berdoa dan sebagainya.


SIFAT-SIFAT ORANG YANG BERIMAN

1. Qanaah/ sentiasa bersyukur dengan apa yang diperolehi.
2. Sentiasa ingat Allah/berjihad ke jalan Allah.
3. Redha menerima takdir Allah.
4. Sentiasa mengawal tindakan akal dan emosi.
5. Bertawakal kepada Allah.
6. Ikhlas dalam beribadat dan beramal.


CIRI-CIRI ORANG YANG BERTAMBAH IMAN.

  • Banyak melakukan ibadat sunat seperti membaca al-Quran.
  • Sentiasa berzikir, berdoa dan bertahmid.
  • Muhasabah diri.
  • Berfikir tentang kebesaran Allah.
  • Mempunyai ilmu pengetahuan tentang Allah dan rasul-Nya.


MAKSUD KEMANISAN IMAN.
Berasa gembira dalam melakukan ibadat, sanggup menanggung kesusahan demi mendapat keredhaan Allah dan rasul-Nya serta mengutamakan Allah dan rasul lebih dari segala-galanya.


TANDA SESEORANG DAPAT MERASAI KEMANISAN IMAN

1. Cintakan Allah dan rasul melebihi segala-galanya.
2. Mengasihi sesama manusia kerana Allah.
3. Benci kepada kekufuran sebagaimana benci jika dihumban ke dalam api neraka.

FAKTOR YANG MENGHALANG SESEORANG MERASAI KEMANISAN IMAN.

1. Sentiasa melakukan kekufuran.
2. Mengabaikan ibadat-ibadat fardhu.
3. Bersifat duniawi.