1/31/2013


PROGRAM BINA INSAN DAN BUDAYA ALQURAN
(FOKUS TINGKATAN 4)
JANUARI HINGGA MEI
OBJEKTIF:-
i)Pelajar dapat menerangkan gambaran islam dan kandungan al-quran  melalui pengisian takiroh, bacaan Yassin
ii)Pelajar dapat menerangkan isi-isi asas Islam  melalui  aktiviti indoor
iii)Pelajar  dapat menerangkan isi-isi Islam  melalui aktiviti outdoor
iv)Pelajar dapat membaca al-quran dengan fasih dan lancar
BIL
USTAZAH NORRASHIDAH/USTAZ ZAKIR
PN SITI BAHRIAH
CIK GU ROSLIZAN
PN  WAN NORAINI
PN ROSLINA/USTAZ ZAKIR
PN TENGKU ZARINA

1
(KUMPULAN 1 )
SEMUA PELAJAR ISLAM
TEMPAT
SURAU
(KUMPULAN 2)
PERSERTA KELAS 4 UPM
(PEREMPUAN)
TEMPAT
4UPM
(KUMPULAN 3)
PERSERTA
4UPSI/UITM/UM
(LELAKI)
TEMPAT
4UKM
(KUMPULAN 4)
PERSERTA
4UTHM/UKM
(PEREMPUAN)
TEMPAT
BILIK AGAMA
(KUMPULAN 5)
KLINIK ALQURAN
(PELAJAR TERPILIH Ting 4,3 dan 5)
TEMPAT
BILIK AGAMA
(KUMPULAN 6)
4UTHM
(PELAJAR PEREMPUAN YANG TERPILIH)
TEMPAT
BILIK MESYUARAT



PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) PENDIDIKAN ISLAM 2013 SUATU WADAH UNTUK MEMBINA MODEL KEPERIBADIAN MUSLIM SEJATI

    PRS Pendidikan Islam telah beroperasi secara rasmi melalui program Panatia Pendidikan Islam sejak sedekad yang lalu.Pada tahun lepas perjalanan PRS Pendidikan Islam telah melalui nafas yang baru dengan pengisian -pengisian yang lebih murni dan tersusun.Kewujudan pengerak-pengerak yang berwibawa serta pengisian-pengisian melalui aktiviti terancang merupakan suatu cita-cita yang memungkinkan beberapa impak telah berlaku khususnya kepada pencapaian pelajar-pelajar Islam.Sejarah sekolah ini telah menyaksikan bahawa hampir keseluruhan pelajar Islam 3UTM mendapat keputusan 8A,suatu keputusan yang agak membanggakan setelah sejak kebelakang ini pelajar Islam tidak berupaya menunjukkan wajahnya yang sebenar.
   Bertambahnya bilangan pelajar yang solat dhuha, solat Zohor berjemaah serta kesediaan pelajar yang dianggap pandai untuk duduk sama rendah dan tinggi dengan rakannya yang lain adalah suatu yang didam-idamkan .Jika usaha ini berterusan apa yang berlaku ialah kerjasama yang berterusan untuk bersama-sama melaksanakan segala bentuk kebaikan  melalui apa jua perkara akan menjadi ringan dan mudah.Akhirnya pepata melayu yang mengibaratkan:ringan sama dijinjing berat sama dipikul " bukan sekadar  menjadi mainan dibibir tetapi suatu  watak yang perlu disuburkan dari masa ke semasa.PRS adalah suatu wadah yang akan bergerak untuk memikul amanah yang besar ini.Moga Allah mudahkan segakla usaha dan niat yang baik  ini.



MAULIDURRASUL PERINGKAT  SEKOLAH  .......RASULULLAH SAW DALAM KENANGAN



    Pada 2 Februari 2013, Panatia Pendidikan Islam dengan kerjasama MAKDIS SMK  Desa Skudai akan melaksanakan program yang merupakan aktiviti tahunan sekolah.Objektif sambutan Maulidurrasul ialah untuk menyuburkan perasaan cinta yang mendalam kepada junjungan baginda Nabi SAW  manusia yang paling berjasa dalam sejarah hidup seorang yang berinsan.
      Objektif seterusnya pelajar-pelajar dapat melakukan perkongsian sunnah Nabi SAW untuk dicontohi oleh seluruh kehidupan harian mereka.Objektif ketiga ialah sentiasa bersiap siaga untuk saling berkerjasama dan bantu  membantu  dalam menjayakan sebarang bentuk kebaikan tapa mengira tenaga, wang ringgit dan apa sahaja yang mereka miliki .