9/27/2012

TERKINI:PERUBAHAN PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA 2012

Panatia Pendidikan Islam akan mengadakan program solat hajat pada  4 Oktober 2012 .Pendaftaran murid-murid yang akan menduduki PMR dan SPM bermula pukul 6:15 petang.Murid-murid akan melalui pengisian seperti bacaan Yassin, tazkiroh, amanat dari Bonda Pengetua SMKTDS, Solat Hajat serta ikrar berupa doa bagi menyatukan hati anak-anak didikan SMKTDS dengan ibu dan ayah. Mudah-mudahan dengan sentuhan kerohanian membuka lembaran baru bagi memantapkan keteguhan, ketahanan serta keteguhan jiwa dan semangat .Ini sangat penting supaya susah payah berlatih tubi serta mengulang kaji yang kita lakukan selama ini sebenarnya satu usaha yang dilakukan bagi memenuhi ketaatan kita kepada Allah Yang Maha Agung.Paling penting semua yang kita lakukan itu bernilai ibadah yang dinilai oleh Allah untuk mendapatkan ganjaran yang kekal abadi di akhirat nanti. Ameen.....Allahu Akbar......

9/24/2012

HINA RASUL SIKAP MELULU:FENOMENA LAMA YANG DIBERI NAFAS BARU

  Musuh Allah kerjanya melakukan segala aktiviti dan kefahaman yang bernafaskan membenci Islam.Kefahaman yang dibina semuanya mengambarkan kebencian yang sangat-sangat pada Islam.Fenomena lama yang diberi nafas baru ini iatu menghina Rasulullah s.a.w dalam bentuk baru dalam media filem singkat adalah suatu yang amat mendukacitakan.Sebenarnya itu yang dinamakan kerja musuh Allah.Isunya ialah apakah sikap kita?Bagaimana seorang muslim dan mukmin melaluinya? Mari Bagaimana kita kupas satu persatu kita mana Rasulullah s.a.w sendiri dihina.Bagimana sikap dan pemikiran sahabat bila baginda Rasulullah s.a.w yang mereka sayangi dan dicintai diperhina dan diperlakukan dengan sewenwng-wenangnya.

9/22/2012

TRAVELOG PERJALANAN HAJI MUDA SEMASA PROGRAM KURSUS HAJI DAN UMRAH

Pada pukul 7:15 pagi semua jemaah haji dari sekolah SMKTDS berkumpul di surau bagi mendengar info serta penerangan mengnai pelaksanakan rukun haji kelima.Ada sedikit perubahan mengenai penceramah,sebab masalah teknikal penceramah terkini di jemput dari Sekolah Agama Senai.Beliau diberi nama Ustaz Ahmad Danial Bin Kasim.Kepakaran beliau ialah meringkaskan program haji dari dua hari atau 1 hari biasanya hanya menjadi 3 jam sahaja, termasuk teori dan praktikal.Para jemaah haji yang terdiri dari pelajar lelaki dan perempuan tingkatan 4 dan 5 telah dipilih untuk menyertai program yang julung-julung kalinya bagi membantu pelajar tingkatn 5 mencapai gambaran yang betul mengenai ibadah haji dan umrah.Pelajar yang hadir sekitar 110 orang termasuk lelaki dan perempuan.Sepanjang pengisian berjalan, pelajar diberikan gambaran mengenai ibadah haji dan umrah serta wajib-wajib haji berserta tarikh-tarikh yang sepatutnya sebagai jemaah haji seseorang itu peka dengan masa dan situasi yang dilalui .Jika tidak perbelanjaan serta masa yang digunakan tidak dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi merebut Haji Yang Mabrur. Maknanya haji yang diterima oleh Allah yang menyebabkan kita memperolehi balasan pahala, syurga abadi serta keampunan Allah. Setelah menjalani sesi teori para jemmah haji SMKTDS melalui cabaran yang lebih mencabar iaitu melalui ibadah haji secara praktikal.Para jemaah haji ditekankan dengan sentiasa bersiap sedia dan siaga dari semua aspek samada fizikal, emosi dan mental Ini disebabkan haji merupakan ibadah yang mengabungkan semua unsur dan aspek secara optima.Inilah yang dinamakan Tarbiyah Haji yang Allah datangkan untuk kebaikan umat ini.Terima kasih, Allah.

9/19/2012

HAJI MUDA.......ERA BARU DARI GENERASI BARU

Pada 21 September 2012 akan diadakan Program Haji Dan Umrah.Program tersebut akan dikendalikan oleh Dr Ismail Bin Mustari dari Pusat Islam UTM.Sasarannya ialah semua pelajar Islam tingkatan empat dan lima.Tujuan program ini ialah untuk membentuk gambaran yang betul tentang haji dan umrah yang merupakan rukun Islam yang kelima.Sewajarnya jiwa-anak-anak muda remaja sudah didedahkan dan ditanamkan agar perasaan untuk menunaikan haji dan umrah sepatutnya berlaku pada masa usia yang muda.Mengapa?Haji memerlukan seseorang itu menggunakan seluruh kudrat, tenaga, pemikiran dan perasaan ketika melaksanakan ibadat haji.Jika ibadah haji difahami dengan baik seseorang murid itu akan menjadi seorang yang bersungguh-sungguh belajar?untuk apa?Bila belajar cermelang maka segala kemahiran dan kepandaian yang ada boleh digunakan untuk memeperolehiu perkerjaan yang baik?AKhirnya insan yang memiliki hati mulia ini, akan menggunakan gaji lumayan yang diperolehinya untuk mengerjakan fardhu haji yang merupakan rukun Islam yang kelima bukannya beli kereta baru atau rumah besar yang menyebabkan bebanan hutang semata-mata?Maknanya pergi haji dulu baru urusan dunia ynag lain ?Pintu rezeki sebenarnya akan terbuka luas untuk orang mengerjakan haji dan umrah.Tak percaya lihat hadis.Mari kita sama-sama menghadiri program haji dan umrah yang akan disampaikan oleh pakar yang tidak asing di sekitar Skudai ini.Moga program ini berjalan dengan jayanya.

9/18/2012

SOLAT HAJAT PERDANA 2012.....ANTARA HARAPAN DAN REALITI

Maklumkan solat Hajat Perdana. Pada 29/09/2012 pelajar PMR dan SPM akan melalui pengisian yang akan membantu mereka untuk memiliki jiwa yang cekal dan tabah.Solat hajat pada kali ini dijangka akan mengumpulkan lebih ramai ibu bapa untuk menyertai temasya ibadah yang merupakan aktiviti tahunan sekolah.Program ini disusun oleh Panatia Pendidikan Islam bagi merapatkan hubungan antara guru, murid dan ibubapa dalam suasana ibadah.Bila hati-hati penghuni SMKTDS semakin rapat dengan Tuhan mereka,keeratan itu akan mengundang rahmat yang membawa kebaikan.Semoga Allah membantu urusan program itu semasa ianya berjalan.

POWER ROHANI POWER PRESTASI

Mulai hari Rabu 19/09/2012 pelajar Islam yang akan menduduki PMR akan menjalani pengisian kerohanian . Pengisian amat penting agar jiwa dan semangat pelaja r terus mekar dan segar. Sedikit sebanyak kerohanian yang mantap akan membantu mengurangkan tekanan dan bebanan yang dihadapi oleh pelajar.Para pelajar sudah dimaklumkan mesti berada di surau as-Sakinnah mulai pukul 7.00 pagi. Antara pengisian yang akan disusun ialah membaca Yassin yang akan dikendalikan oleh saudara Zaquan, Annuar dan Hazim.Disamping itu pelajar akan sam-sam bermunajat agar diberikan kekuatan untuk berubah ke tahap yang lebih baik.Jika seorang pelajar itu cermelang, tahap berubahnya ialah istiqamah dengan kecermelangannya. Mankala pelajar yang lemah tahap berubahnya ialah baiki hubungan dengan Tuhnnya, ibubapanya serta gurunya.Mudah-mudahan pengisian yang sederhan ini mampu memberikan impak dan kesan yang baik .Insyallah.

PMR semakin menghampiri

Pelajar-pelajar SMK Desa Skudai teruskan perjuangan anda untuk meraih kejayaan dalam PMR .semoga usaha ada menjadi penyebab meraih pahala dan rahmat keredaan Tuhan.Untuk berjaya dan mencapai kejayaan memerlukan untuk anda mencari faktor-faktor yang memungkinkan usaha anda yang sedikit ini memberikan pulangan yang maksimum dan berlipat kali ganda.Antaranya ialah ketika sibuk dalam mengurus bahan-bahan untuk meningkatkan keupayaan kita semasa berjuang di medan dewan peperiksaan , kita tidak melupakan Tuhan kita. Bahkan kita sentiasa cuba sedaya upaya kita untuk memesrakan dan merapatkan hubungan dengan Tuhan kita.Mengapa/Tuhan yang memerikan kita segala-segalanya