BAHASA: Membenarkan sesuatu.
ISTILAH: Berikrar dengan lidah, beramal dengan anggota badan dan membenarkan dengan hati.
[Ahli Sunnah Waljamaah berpendapat bahawa iman seseorang boleh bertambah dan berkurang.]
CARA-CARA MENAMBAH IMAN.
1. Melakukan ibadat wajib dan sunat.
2. Taat segala perintah Allah S.W.T.
3. Meningkatkan ilmu.
4. Membaca al-Quran, memahami dan menghayati kandungannya.
5. Menjadikan syariat Islam sebagai panduan hidup.
6. Berzikir, berdoa dan sebagainya.
SIFAT-SIFAT ORANG YANG BERIMAN
1. Qanaah/ sentiasa bersyukur dengan apa yang diperolehi.
2. Sentiasa ingat Allah/berjihad ke jalan Allah.
3. Redha menerima takdir Allah.
4. Sentiasa mengawal tindakan akal dan emosi.
5. Bertawakal kepada Allah.
6. Ikhlas dalam beribadat dan beramal.
CIRI-CIRI ORANG YANG BERTAMBAH IMAN.
- Banyak melakukan ibadat sunat seperti membaca al-Quran.
- Sentiasa berzikir, berdoa dan bertahmid.
- Muhasabah diri.
- Berfikir tentang kebesaran Allah.
- Mempunyai ilmu pengetahuan tentang Allah dan rasul-Nya.
MAKSUD KEMANISAN IMAN.
Berasa gembira dalam melakukan ibadat, sanggup menanggung kesusahan demi mendapat keredhaan Allah dan rasul-Nya serta mengutamakan Allah dan rasul lebih dari segala-galanya.
TANDA SESEORANG DAPAT MERASAI KEMANISAN IMAN
1. Cintakan Allah dan rasul melebihi segala-galanya.
2. Mengasihi sesama manusia kerana Allah.
3. Benci kepada kekufuran sebagaimana benci jika dihumban ke dalam api neraka.
1. Sentiasa melakukan kekufuran.
2. Mengabaikan ibadat-ibadat fardhu.
3. Bersifat duniawi.