10/25/2015

MANUSIA PERLU BERSYUKUR



NIKMAT ALLAH SWT KEPADA MANUSIA

1. Iman
2. Islam
3. Kemakmuran
4. Kesihatan tubuh badan
5. Akal fikiran

CARA BERSYUKUR

1. Hati              : Sentiasa mengingati Allah
2. Lidah            : Mengucap Alhamdulillah
3. Tubuh badan :Beribadat dengan melakukan ibadah

KAUM TERDAHULU YANG DIBINASAKAN

1. KAUM AAD: Mereka diberi tanah yang subur dan kemewahan hasil tanaman. Namun, mereka menolak ajaran Nabi Hud dan sebagai balasan, mereka dibinasakan dengan angin puting beliung.

2. KAUM TSAMUD: Mereka dianugerahkan kekayaan dan kemewahan hidup, tetapi mereka munuduh Nabi Soleh pendusta. Sebagai balasan, mereka dibinasakan dengan halilintar dan gempa bumi.

3. KAUM LUT: Mereka diberi kemewahan hidup tetapi mereka telah menolak ajaran Nabi Lut dan melakukan hubungan sejenis (liwat) dan dibinasakan dengan diterbalikkan negeri mereka.

FAKTOR KEINGKARAN KEPADA ALLAH ATAU TIDAK BERIMAN

1. Sikap sombong dan angkuh dengan nikmat yang diterima.
2. Enggan menerima kebenaran.

SEBAB ALLAH SWT MEMBINASAKAN UMAT TERDAHULU

1. Ingkar suruhan Rasul.
2. Tidak bersyukur dengan nikmat Allah SWT.
3. Melakukan perkara maksiat atau mungkar.
4. Menganiayaidan melawan Rasul.
5 Sombong serta angkuh dengan pangkat.
6. Kedudukan dan kekayaan.

IKTIBAR DARIPADA KEMUSNAHAN KAUM TERDAHULU

1. Taat dan patuh kepada Allah.
2. Memanfaatkan kurniaan Allah pada jalan kebenaran.
3.Melaksanakan perintah Allah dengan bersungguh-sungguh.

TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH

1. Melaksanakan perintah Allah SWT.
2. Menegakkan agama Allah SWT.
3. Mengurus dan memakmurkan alam

PENGAJARAN DARIPADA AYAT AL-AN'AM: AYAT 6

1. Allah membinasakan kaum terdahulu kerana mereka kufur kepada Allah.
2. Kita hendaklah mengurus dan mentadbir alam mengikut syariat Allah SWT.
3.Kita hendaklah mengambil iktibar daripada kemusnahan kaum terdahulu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberikan komen dan cadangan yang bernas.