3/21/2011

Maulidur Rasul

 Pada 11 hb Mac 2011 bersamaan hari Jumaat yang mulia, Smk Taman Desa Skudai telah mengadakan Maulidur Rasul kali ke-10. Upacara ini diadakan untuk menyambut kelahiran Rasulullah yang mulia. Majlis bermula pada pukul 7.50 pg apabila pelajar muslim diminta berarak. Kemudian, mereka mendengar ceramah dari penceramah yang dijemput khas dari luar. Selesai mendengar ceramah, pelajar diminta mengambil sedulang makanan dikongsi bersama empat orang rakan. Ini mengikut sunah nabi. Selesai jamuan, pelajar berkemas-kemas dan belajar seperti biasa.

Pelajar beratur menunggu untuk berbaris

 Barisan tenaga pengajar SMK Taman Desa Skudai

Penceramah jemputan dari luar.

Tenaga pengajar turut membatu menyediakan hidangan.

Persiapan sebelum makan.

Pelajar menikmati hidangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberikan komen dan cadangan yang bernas.