1/31/2013

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) PENDIDIKAN ISLAM 2013 SUATU WADAH UNTUK MEMBINA MODEL KEPERIBADIAN MUSLIM SEJATI

    PRS Pendidikan Islam telah beroperasi secara rasmi melalui program Panatia Pendidikan Islam sejak sedekad yang lalu.Pada tahun lepas perjalanan PRS Pendidikan Islam telah melalui nafas yang baru dengan pengisian -pengisian yang lebih murni dan tersusun.Kewujudan pengerak-pengerak yang berwibawa serta pengisian-pengisian melalui aktiviti terancang merupakan suatu cita-cita yang memungkinkan beberapa impak telah berlaku khususnya kepada pencapaian pelajar-pelajar Islam.Sejarah sekolah ini telah menyaksikan bahawa hampir keseluruhan pelajar Islam 3UTM mendapat keputusan 8A,suatu keputusan yang agak membanggakan setelah sejak kebelakang ini pelajar Islam tidak berupaya menunjukkan wajahnya yang sebenar.
   Bertambahnya bilangan pelajar yang solat dhuha, solat Zohor berjemaah serta kesediaan pelajar yang dianggap pandai untuk duduk sama rendah dan tinggi dengan rakannya yang lain adalah suatu yang didam-idamkan .Jika usaha ini berterusan apa yang berlaku ialah kerjasama yang berterusan untuk bersama-sama melaksanakan segala bentuk kebaikan  melalui apa jua perkara akan menjadi ringan dan mudah.Akhirnya pepata melayu yang mengibaratkan:ringan sama dijinjing berat sama dipikul " bukan sekadar  menjadi mainan dibibir tetapi suatu  watak yang perlu disuburkan dari masa ke semasa.PRS adalah suatu wadah yang akan bergerak untuk memikul amanah yang besar ini.Moga Allah mudahkan segakla usaha dan niat yang baik  ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberikan komen dan cadangan yang bernas.