8/28/2014


Kalau Aku Berbuat Dosa..


- Aku akan diharamkan daripada mendapat ilmu yang bermanfaat

- Aku pasti sentiasa murung dan akan wujud keresahan dalam hati

- Segala urusan yang aku lalui setiap hari pasti dihurung kesusahan dan kepayahan

- Perkara ketaatan diharamkan daripada diriku

- Aku diharamkan daripada membuat keberkatan

- Terasa sempitnya dadaku

- Aku terus bergelumang dengan pelbagai perkara buruk lagi

- Dosa dan maksiat itu menjadi kebiasaan bagiku

- Sedihnya apabila Allah menghina diriku ini

- Hatiku bertambah pedih ketika manusia lain memandang hina kepadaku

- Bahkan, binatang ternakan turut melaknatiku

- Hanya kehinaan yang layak buat diriku

- Hatiku dipenuhi dengan titik-titik hitam

- Aku diselubungi kelaknatan

- Doa aku terhijab dan terhalang daripada dimakbulkan

- Aku tidak lagi mengecapi kebahagiaan

- Perisai malu tidak lagi bertahan dalam diriku

- Tanpa disedari, nikmat yang ada telah ditarik oleh Allah

- Diri aku sudah tentu dibaluti perasaan takut yang tidak terperi

- Aku mampu ditawan oleh syaitan dengan mudah

- Pengakhiran hidupku sudah tentu dalam keadaan yang buruk

- Akhirnya, azab dan seksaan Allah menantiku di akhirat     

(Rujukan Ibn al-Qayyim, al-Da'wa al-Dawa')




Ya Allah, aku ingin bertaubat... Aku menyesal atas segala dosa dan maksiat yang aku telah lakukan




Majlis Tilawah Al-Quran & Pemberian Sumbangan 21.7.2014





















8/18/2014

Ramadan SMK Desa Skudai : Program Tadarus

....بسم الله الرحمن الرحيم












         

7/10/2014


FITNAH HARTA, KELUARGA DAN MASYARAKAT


Fitnah ialah satu ujian dugaan dan cubaan yang didatangkan oleh Allah s.w.t atas hamba-Nya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Tiada sesiapa yang mampu menolak ataupun mempertikaikan ketetapan-Nya.

 Fitnah terbahagi kepada 2 mengikut asal dan sumbernya:

1.Ujian yang datang daripada Allah kerana sebab dan hikmah tersebut hanya diketahui oleh-Nya. Contohnya, musibah atau bala bencana yang menimpa seorang hamba sama ada dia seorang yang baik (soleh) atau tidak baik (taleh). Mungkin Allah ingin mengangkat darjat orang yang soleh dan menambah pahala kebaikannya, manakala orang tidak baik pula mungkin kerana Allah ingin menyucikan dirinya dan membersihkan dosanya.

  Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya :

“Orang paling kuat ditimpa ujian ialah para anbia, kemudian mereka yang seumpamanya.” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)

  Ujian tersebut sama ada berbentuk kematian, penyeksaan, kefakiran, pemenjaraan, penyakit dan seumpamanya, atas dirinya sendiri, isteri dan anak-anak.

2.Ujian yang berlaku kerana manusia itu sendiri seperti perlakuan maksiat, dosa, pelanggaran syariah dan perbuatan lain yang tidak baik dan tercela.

 
Pembahagian Fitnah

  Dari sudut jenis fitnah dan keseriusannya, ia terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu besar atau kecil, dan khas atau umum.

  Ujian kecil yang khas seperti ujian seorang lelaki dalam harta, isteri, anak-anak, jiran, kaum kerabatnya, atau orang yang dengki kepadanya.

  Ada kalanya sebab terjadi ujian khas ini kerana faktor kesusahan atau terlalu mewah, fakir atau kaya, sihat atau sakit, kuat atau lemah dan sebagainya.

  Fitnah yang menimpa seseorang kerana sebab-sebab ini amat banyak dan tidak mungkin dapat dihitung kesemuanya secara terperinci. Tetapi, berkemungkinan untuk diberi perhatian dan menyebut beberapa isu yang biasa tersebar dan besar mudaratnya untuk dijadikan asas panduan.

  Allah s.w.t telah menerangkan bahawa harta dan anak-anak adalah salah satu ujian dan fitnah. Ia berbeza pada keadaan dan kadar bahayanya. Al-Quran juga telah menyebut tentang permusuhan dan perseteruan antara pasangan suami isteri, sahabat ataupun rakan kongsi sama ada sesame lelaki atau wanita.

  Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

  “Dan ketahuilah, hartamu dan anak-anakmu hanya sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi allah jualah pahala yang besar.” (Surah al-Anfal 8:28)

  Dan firman-Nya lagi, Mafhumnya :

  “Wahai orang Mukmin, sesungguhnya antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu. Maka, berhati-hatilah kamu terhadap mereka. Jika kamu memaafkan, tidak memarahi serta mengampuni (mereka), sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan (bagimu), dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.” (Surah al-Taghabun 64: 14-15) 

7/09/2014

Ramadhan Menjelang Tiba

                          


Maksud Puasa.

Menahan diri daripada lapar dan dahaga serta perkara yang tidak membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari bersertakan niat.

Firman Allah S.W.T dalam al-Quran (Surah al Baqarah ayat: 183) 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu, puasa seperti diwajibkan atas orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa.
 



Niat Puasa.

Niat Setiap Malam (Ringkas)نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksud: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala


Niat Lengkap:   نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksud: Sahaja aku puasa esok hari bagi menunaikan puasa Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
 

Tambahan!
- Para ulama' berkata pada malam pertama puasa disunatkan niat sebulan.
- Sebaik-baiknya berniat setiap malam. 
 


Kebaikan Berpuasa.

"Puasa Mengubah Struktur Kehidupan Kita"
Contoh: Seseorang manusia selalunya akan memulakan hari beliau (bangun pagi) pada pukul 6 pagi. Tetapi, apabila menjelang Ramadhan, jadualnya berubah dengan memulakan hari beliau pada pukul 4 pagi kerana terbiasa bersahur pada masa itu.


Dengan itu, beliau dapat menguruskan masa dengan lebih teratur.
 


"Orang Islam Bersedekah"
Contoh: Orang bertaqwa sentiasa memastikan amalannya diterima dan diberkati Allah S.W.T untuk membuktikan ketaatannya kepada Allah S.W.T
Dengan itu, bersedekah dapat melipatgandakan pahala dan meningkatkan keimanan seseorang.
 


Syarat-Syarat Wajib Puasa.

1. Islam
2. Baligh
    * Lelaki - keluar mani
    * Perempuan - keluar darah haid
3. Berakal
4. Bebas daripada:
    * Uzur Syari'
    * Uzur yang diharuskan berbuka (contoh: sakit)
    * Perjalanan yang melebihi 2 marhalah (sunah kalau kita berbuka dalam keadaan musafir)
    * Tidak mampu kerana tua atau sakit yang tidak boleh sembuh.
 


Syarat-Syarat Sah Puasa.

1. Islam
2. Berakal
3. Mumaiz - Dapat membezakan antara yang baik dan buruk
4. Niat pada waktu malam bagi puasa fardhu
5. Suci daripada haid dan nifas
6. Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa
 




Perkara Yang Membatalkan Puasa.

1. Keluar haid atau nifas
2. Bersetubuh pada siang hari (denda: kafarah- 2 bulan)
3. Sunat kahwin bulan Syaaban
4. Muntah dengan sengaja
5. Pengsan atau pitam
6. Melahirkan anak
7. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan sehingga ke halkum
8. Mengeluarkan mani dengan sengaja
9. Murtad
10. Gila
 


Perkara Sunat.

1. Segera berbuka
2. Melewatkan sahur
3. Mandi Janabah
4. Membaca doa sebelum berbuka
5. Memberi jamuan kepada orang yang berbuka
6. Sunat berbuka dengan benda manis (contoh: kurma)
7. Membaca al-Quran dan beriktikaf di masjid
8. Banyakkan berdoa dan berzikir
 


Perkara Makhruh.

1. Berbekam
2. Berkumur berlebihan
3. Rasa makanan dengan lidah
4. Gosok gigi selepas gelincir matahari
5. Mandi berlebihan
6. Tidur sepanjang hari