10/25/2015

IMAN MUTIARA HIDUP



MAKSUD IMAN

BAHASA: Membenarkan sesuatu.

ISTILAH: Berikrar dengan lidah, beramal dengan anggota badan dan membenarkan dengan hati.

[Ahli Sunnah Waljamaah berpendapat bahawa iman seseorang boleh bertambah dan berkurang.]


CARA-CARA MENAMBAH IMAN.

1. Melakukan ibadat wajib dan sunat.
2. Taat segala perintah Allah S.W.T.
3. Meningkatkan ilmu.
4. Membaca al-Quran, memahami dan menghayati kandungannya.
5. Menjadikan syariat Islam sebagai panduan hidup.
6. Berzikir, berdoa dan sebagainya.


SIFAT-SIFAT ORANG YANG BERIMAN

1. Qanaah/ sentiasa bersyukur dengan apa yang diperolehi.
2. Sentiasa ingat Allah/berjihad ke jalan Allah.
3. Redha menerima takdir Allah.
4. Sentiasa mengawal tindakan akal dan emosi.
5. Bertawakal kepada Allah.
6. Ikhlas dalam beribadat dan beramal.


CIRI-CIRI ORANG YANG BERTAMBAH IMAN.

  • Banyak melakukan ibadat sunat seperti membaca al-Quran.
  • Sentiasa berzikir, berdoa dan bertahmid.
  • Muhasabah diri.
  • Berfikir tentang kebesaran Allah.
  • Mempunyai ilmu pengetahuan tentang Allah dan rasul-Nya.


MAKSUD KEMANISAN IMAN.
Berasa gembira dalam melakukan ibadat, sanggup menanggung kesusahan demi mendapat keredhaan Allah dan rasul-Nya serta mengutamakan Allah dan rasul lebih dari segala-galanya.


TANDA SESEORANG DAPAT MERASAI KEMANISAN IMAN

1. Cintakan Allah dan rasul melebihi segala-galanya.
2. Mengasihi sesama manusia kerana Allah.
3. Benci kepada kekufuran sebagaimana benci jika dihumban ke dalam api neraka.

FAKTOR YANG MENGHALANG SESEORANG MERASAI KEMANISAN IMAN.

1. Sentiasa melakukan kekufuran.
2. Mengabaikan ibadat-ibadat fardhu.
3. Bersifat duniawi.

LARANGAN MEMPERSENDA AGAMA

GOLONGAN YANG MEMPERSENDA AGAMA


  1. Musyrikin : Kaum yang menyekutukan Allah
  2. Munafik : Orang yang menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan keimanan
  3. Murtad : Orang yang keluar daripada islam
  4. 'Asi : Orang islam yang melanggar perintah agama

PERKATAAN DAN TINGKAH LAKU YANG MEMPERMAINKAN AGAMA

  • Memperkecilkan tuntutan agama
  • Bangga melanggar perintah Allah
  • Menyanjung perbuatan maksiat
  • Melanggar hukum syariat seperti tidak solat 

CARA MENGATASI PERBUATAN TERSEBUT

  • Memberi nasihat dan penerangan tentang kesucian agama
  • Mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada golongan yang mempersendakan agama
  • Melaksanakan dakwah secara berterusan

LANGKAH UNTUK MENGHINDARI PERBUATAN YANG MEMPERSENDAKAN AGAMA

  1. Menuntut ilmu agama
  2. Menghindarkan diri dengan bergaul dengan golongan tersebut
  3. Melaksanakan tuntutan
  4. Berdamping dengan alim ulamak 

AKIBAT MEMPERSENDAKAN AGAMA

  • Akidah menjadi rosak
  • Dimurkai oleh Allah
  • Diberi balasan azab
  • Hidup tidak tenteram

FAKTOR YANG MENDORONG SESEORANG MEMPERSENDAKAN AGAMA

  • Kurang penghayatan agama
  • Terpengaruh dengan musuh-musuh islam

PENGAJARAN AYAT

  1. Kita wajib menjauhi perbuatan mempersendakan agama
  2. Agama islam bukan alat untuk kepentingan peribadi
  3. Kita wajib menjaga kesucian agama islam
  4. Orang yang mempersendakan agama akan menerima seksaan yang pedih

MANUSIA PERLU BERSYUKUR



NIKMAT ALLAH SWT KEPADA MANUSIA

1. Iman
2. Islam
3. Kemakmuran
4. Kesihatan tubuh badan
5. Akal fikiran

CARA BERSYUKUR

1. Hati              : Sentiasa mengingati Allah
2. Lidah            : Mengucap Alhamdulillah
3. Tubuh badan :Beribadat dengan melakukan ibadah

KAUM TERDAHULU YANG DIBINASAKAN

1. KAUM AAD: Mereka diberi tanah yang subur dan kemewahan hasil tanaman. Namun, mereka menolak ajaran Nabi Hud dan sebagai balasan, mereka dibinasakan dengan angin puting beliung.

2. KAUM TSAMUD: Mereka dianugerahkan kekayaan dan kemewahan hidup, tetapi mereka munuduh Nabi Soleh pendusta. Sebagai balasan, mereka dibinasakan dengan halilintar dan gempa bumi.

3. KAUM LUT: Mereka diberi kemewahan hidup tetapi mereka telah menolak ajaran Nabi Lut dan melakukan hubungan sejenis (liwat) dan dibinasakan dengan diterbalikkan negeri mereka.

FAKTOR KEINGKARAN KEPADA ALLAH ATAU TIDAK BERIMAN

1. Sikap sombong dan angkuh dengan nikmat yang diterima.
2. Enggan menerima kebenaran.

SEBAB ALLAH SWT MEMBINASAKAN UMAT TERDAHULU

1. Ingkar suruhan Rasul.
2. Tidak bersyukur dengan nikmat Allah SWT.
3. Melakukan perkara maksiat atau mungkar.
4. Menganiayaidan melawan Rasul.
5 Sombong serta angkuh dengan pangkat.
6. Kedudukan dan kekayaan.

IKTIBAR DARIPADA KEMUSNAHAN KAUM TERDAHULU

1. Taat dan patuh kepada Allah.
2. Memanfaatkan kurniaan Allah pada jalan kebenaran.
3.Melaksanakan perintah Allah dengan bersungguh-sungguh.

TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH

1. Melaksanakan perintah Allah SWT.
2. Menegakkan agama Allah SWT.
3. Mengurus dan memakmurkan alam

PENGAJARAN DARIPADA AYAT AL-AN'AM: AYAT 6

1. Allah membinasakan kaum terdahulu kerana mereka kufur kepada Allah.
2. Kita hendaklah mengurus dan mentadbir alam mengikut syariat Allah SWT.
3.Kita hendaklah mengambil iktibar daripada kemusnahan kaum terdahulu.