9/18/2012

SOLAT HAJAT PERDANA 2012.....ANTARA HARAPAN DAN REALITI

Maklumkan solat Hajat Perdana. Pada 29/09/2012 pelajar PMR dan SPM akan melalui pengisian yang akan membantu mereka untuk memiliki jiwa yang cekal dan tabah.Solat hajat pada kali ini dijangka akan mengumpulkan lebih ramai ibu bapa untuk menyertai temasya ibadah yang merupakan aktiviti tahunan sekolah.Program ini disusun oleh Panatia Pendidikan Islam bagi merapatkan hubungan antara guru, murid dan ibubapa dalam suasana ibadah.Bila hati-hati penghuni SMKTDS semakin rapat dengan Tuhan mereka,keeratan itu akan mengundang rahmat yang membawa kebaikan.Semoga Allah membantu urusan program itu semasa ianya berjalan.

POWER ROHANI POWER PRESTASI

Mulai hari Rabu 19/09/2012 pelajar Islam yang akan menduduki PMR akan menjalani pengisian kerohanian . Pengisian amat penting agar jiwa dan semangat pelaja r terus mekar dan segar. Sedikit sebanyak kerohanian yang mantap akan membantu mengurangkan tekanan dan bebanan yang dihadapi oleh pelajar.Para pelajar sudah dimaklumkan mesti berada di surau as-Sakinnah mulai pukul 7.00 pagi. Antara pengisian yang akan disusun ialah membaca Yassin yang akan dikendalikan oleh saudara Zaquan, Annuar dan Hazim.Disamping itu pelajar akan sam-sam bermunajat agar diberikan kekuatan untuk berubah ke tahap yang lebih baik.Jika seorang pelajar itu cermelang, tahap berubahnya ialah istiqamah dengan kecermelangannya. Mankala pelajar yang lemah tahap berubahnya ialah baiki hubungan dengan Tuhnnya, ibubapanya serta gurunya.Mudah-mudahan pengisian yang sederhan ini mampu memberikan impak dan kesan yang baik .Insyallah.

PMR semakin menghampiri

Pelajar-pelajar SMK Desa Skudai teruskan perjuangan anda untuk meraih kejayaan dalam PMR .semoga usaha ada menjadi penyebab meraih pahala dan rahmat keredaan Tuhan.Untuk berjaya dan mencapai kejayaan memerlukan untuk anda mencari faktor-faktor yang memungkinkan usaha anda yang sedikit ini memberikan pulangan yang maksimum dan berlipat kali ganda.Antaranya ialah ketika sibuk dalam mengurus bahan-bahan untuk meningkatkan keupayaan kita semasa berjuang di medan dewan peperiksaan , kita tidak melupakan Tuhan kita. Bahkan kita sentiasa cuba sedaya upaya kita untuk memesrakan dan merapatkan hubungan dengan Tuhan kita.Mengapa/Tuhan yang memerikan kita segala-segalanya